Wednesday, October 20, 2010

Sejarah Surau Dan Kegiatannya......

 Tajuk : Sejarah surau dan kegiatannya.....

Disediakan untuk :
Ustz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU551

Disediakan Oleh : 
Sharifah Amirah Bt Syed Abdul Rahman
No. Matrik : 2010828536
Kumpulan : ASB1Ag


Program :
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia Gunaan
(AS225)


 Mukadimah..
Alhamdulillah dengan izin Allah swt, akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik-baiknya..Saya berharap ustaz berpuas hati dengan hasil kerja saya...Setelah menyiapkan kerja ini, saya dapat mengetahui lebih mendalam sejarah surau ditaman saya disamping dapat mengetahui kepentingan surau dalam kehidupan kita..Surau adalah salah satu tempat yang mampu menenangkan kita dan merupakan salah satu tempat untuk menghilangkan tekanan..Kerana dalam surau kita akan merasa lebih tenang kerana surau adalah tempat ibadat bagi umat ISLAM...Oleh itu, marilaah kita memanfaatkan surau sebaik-baiknya...

"ISLAM is The Way Of Life "

Abstrak..

Surau adalah tempat untuk umat ISLAM menunaikan ibadat secara berjemaah..Seperti yang kita nampak setiap taman mahupun kampung mempunyai surau atau masjid  yang tersendiri..Direka dengan pelbagai bentuk dan mempunyai reka bentuk yang cantik..Dan sekarang kita juga dapat melihat setiap rumah suci ini sudah mula menggunakan peralatan2 multimedia jika adanya kuliah mahupun ceramah2 oleh penceramah jemputan.. Tetapi kepentingan surau adakalanya di ambil mudah oleh masyarakat sekarang.Mereka masih tidak memahami apakah kepentingan surau yang berada di taman atau di kampung mereka.Kita juga dapat lihat bahawa surau yang menjadi tempat ibadat kita semakin hari semakin kosong.Adakah disebabkan masyarakat sekarang sibuk sehinggakan tiada masa untuk menunaikan solat secara berjemaah di surau??Itu hanyalah sekadar renungan kita bersama..Dan apa yang ingin saya kongsikan adalah tentang sejarah surau di taman saya..


  Pendahuluan...(Sumber dari Wikipedia)

Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang Islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat(perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.


Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat.

 Pertamanya , esei ini merupakan kerja kursus yang telah diberikan oleh Ustaz Abd Aziz kepada kami..Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT dan hasil kerjasama pihak tertentu akhirnya dapat juga saya siapkan kerja kursus ini dengan sebaik-baiknya..Melalui hasil temu bual dan kajian yang dilakukan saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang sejarah surau saya..Terdapat banyak kegiatan dan aktiviti yang dilakukan di surau ini..Antara aktiviti2 tersebut ialah:
1)Setiap Isnin hingga Rabu akan diadakan kuliah maghrib oleh penceramah jemputan..
2)Setiap Khamis diadakan bacaan Yassin..
3)Moreh dan majlis berbuka puasa
4)Solat Tarawikh berjemaah..(8 rakaat)
Aktiviti2 yang diadakan seringkali dihadiri oleh penduduk-penduduk taman...Walaupun bilangannya tidak ramai tetapi alhamdulillah masih lagi ada orang yang menghadirinya..Mungkin ada sesetengahnya tidak dapat menghadirkan diri disebabkan kesibukan kerja ...Diharap aktiviti2 seperti ini akan sering diadakan dan diharap lebih banyak aktiviti dapat ditambah bagi menarik lebih ramai penduduk untuk memenuhi kawasan surau.....
Sejarah Surau..
Surau ini mula beroperasi pada tahun 1990 dan diberi nama surau AL-Ikhtisom..Di surau ini juga terdapat sekolah agama rakyat untuk kemudahan para penduduk di taman saya untuk menghantar anak mereka menghadiri kelas fardhu ain..Pada mulanya sekolah berkenaan tiada bangunan yang tetap dan hanya menggunakan bahagian bawah masjid teetapi setelah mendapat peruntukan barulah dapat didirikan kelas yang tetao untuk keselesaan para pelajar.Dan sekolah ini menempatkan hampir 50 orang pelajar terdiri dari darjah 1 hingga 6..Tenaga pengajar terdiri drpd 2 ustaz dan 2 ustazah..Dan saya juga merupakan salah seorang bekas pelajar di situ..
Selain itu, surau ini dijadikan tempat pengumpulan rukun tetangga untuk mengadakan mesyuarat dan mereka juga menjadikan surau sebagai tempat untuuk berkawal pada setiap hari sabtu bermula pukul 12 tengah malam hingga subuh..Surau ini juga sering dijadikan tempat persinggahan untuk orang yang bermusafir untuk berehat ..
 
Antara kemudahan yang terdapat di surau ini adalah :
1)Stor menyimpan barang..
2)Sekolah Agama Rakyat..
3)Tempat mengambil wudhuk..
4)Kitab AL-QURAN..
5)Surah Yassin
6)Meja dan kerusi..
7)Tandas
8)Tempat solat wanita
9)Pingan mangkuk
 
Surau ini juga mempunyai persekitaran yang bersih kerana kebersihan amat dititikberatkan..Kebersihan dapat menjamin keselesaan para jemaah untuk menunaikan solat di surau ini dan diharap kebersihan seperti ini dapat dikekalkan sehingga keakhirnya..

   Pada pendapat saya antara masalah surau ini adalah bilangan makmumnya yang tidak ramai ketika solat fardhu dan bilangan makmumnya akan bertambah apabila tiba bulan Ramadhan kerana pada ketika umat Islam berpusu-pusu mengerjakan solat tarawikh..Oleh itu, saya berharap makmum dapat memenuhkan surau tidak kira pada bulan apa pun kerana kita bertanggungjawab untuk memakmurkan dan mengimarahkan rumah ALLAH..Bagi saya mungkin itu sahaja masalah yang dihadapi di surau ini..Dan secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan kebersiahn dan keceriaan surau ini..

Cadangan :
Antara cadangan saya bagi menarik ramai remaja ke surau ini adalah dengan mengadakan aktiviti2 yang menarik dan mengadakan kelas KAFA terbuka untuk para remaja yang sering menghabiskan masa mereka melepak di cyberkafe...Selain itu saya berharap diadakan juga aktiviti untuk para wanita atau ibu2 yang tidak bekerja suppya mereka dapat berkongsi pendapat dan bertemu antara satu sama lain disamping dapat mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga..Selain itu, diharap dapat diadakan gotong-royong ataupun memasak bubur lambuk dengan lebih kerap bagi merapatkan lagi hubungan sesama  jiran tetangga...Dan saya berharap agar jemaah dapat menghadirkan diri dan memenuhkan surau di taman kita ini kerana kita haruslah mengimarahkannya dan memakmurkannya...Tiada siapa lagi yang boleh kita  harapkan dan seharusnya kita harus mempunyai kesedaran dalam diri...Ayuh, bersama kita memartabatkan Islam....
"Dimana bumi dipijak, Di situ ISLAM dijunjung"


Kesimpulan...
Alhamdulillah kerana melalui hasil kajian yang dilakukan dapatlah saya mengetahui sedikit sebanyak sejarah surau di taman saya ini..Dan sebagai penutup, dapat disimpulakan disini bahawa kepentingan surau tidak boleh dipertikaikan..Dan perlunya kesedaran dalam diri kita untuk mengimarahkan dan memakmurkan rumah ALLAH ini..Kita juga hendaklah sama2 bersatu dalam menjaga nama baik Islam yang tecinta..Sesungguhnya hidup  di dunia ibarat perantau dan kita hanya singgah di dunia sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi akhir iaitu padang masyar dan disitu akan ditetukan samada kita akan ke Syurga ataupun Neraka...Wallahualam...

Saya memohon maaf sekiranya ada terbuat salah dan silap sepanjang melakukan kajian ini dan saya berharap kita sama2 dapat memakmurkan  surau atupun masjid yang terletak berhampiran rumah kita dan ringan-ringankanlah kaki kita untuk melangkah ke rumah suci itu...










                                                                               





                                                                                 

No comments:

Post a Comment